Kolej Komuniti Jeli beroperasi pada 1 Julai 2006 yang pada asalnya di bawah cawangan Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah. Kemudian berpindah pula ke cawangan Kolej Komuniti Kok Lanas. Akhirnya pada tahun 2012, Kolej Komuniti Jeli beroperasi sebagai satu Pusat Tanggungjawab (PTJ). 

Pada asalnya kursus yang di tawarkan di Kolej Komuniti Jeli ini adalah Sijil Bakeri dan Konfeksioneri bermula pada 17 Januari 2007. Kursus Bakeri di jalankan selama 2 tahun dan kursus ini tidak lagi ditawarkan.

Kemudian Kolej Komuniti Jeli menawarkan kursus Sijil Pastri bermula pada Julai 2013 juga berjalan selama 2 tahun dan pada 1 Julai 2007 pula Kolej Komuniti Jeli menambah satu kursus baru iaitu kursus Sijil Fesyen dan Pakaian. Kedua-dua kursus ini berjalan selama 2 tahun.