Dikemaskini pada: 11-Oct-2026

Sejarah Penubuhan

 

Kolej Komuniti merupakan institusi pendidikan awam yang terletak dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran.

Kolej Komuniti Jeli (KKJK) ditubuhkan pada 1 Jun 2006 (pada awalnya merupakan kolej cawangan kepada KK Sungai Petani). Dirasmikan oleh YB, Dato’ Sri Mustapa Mohamed pada 3 Mac 2008. KKJK menawarkan program Sijil Fesyen dan Pakaian dan Sijil Pastri. Pada tahun 2017, mendapat kelulusan projek RMK-11. RP2 untuk membina Kampus KK Jeli. Pada 29 Okt 2024, Majlis Penyerahan Projek Siap Kampus Baharu Kolej Komuniti Jeli. KKJK menawarkan 2 program iaitu Program Sepenuh Masa dan Program Kursus Pendek

 

Kami mempunyai 11 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 1
Semalam: 3
Minggu Ini: 17
Last Week: 6
Bulan Ini: 20
Last Month: 37
Jumlah: 6,895
006895